header web kit blogger

 

Terma dan Syarat Pembelian & Penggunaan

Berikut adalah terma dan syarat untuk yang kami tawarkan. Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

Harga, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Support Khas

1. Harga tetap untuk perkhidmatan ini bergantung kepada pakej yang ditawarkan, melainkan jika pihak kami, bloghosting.qulhaq.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

2. Harga setiap pakej adalah untuk pembelian domain (.com, .net, .info dan .biz sahaja - lain-lain atau tambahan .my sila hubungi kami), sewaan server hosting dan pemasangan wordpress untuk blog dan phpBB untuk forum selama tempah setahun. Selepas itu, bayaran akan dikenakan mengikut harga semasa.

3. Pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.

4. Ruang Support Khas ini sedang dibina. Kami sedang mengumpulkan seberapa banyak persoalan dari pengunjung untuk dimasukkan ke dalam ruangan itu. Ia merupakan sebuah laman sokongan untuk pembeli dan kami tidak menjamin ianya akan kekal selamanya. Ia mungkin akan dihentikan pada masa-masa yang tidak dijangka jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan sebegitu.

5. Di ruang support khas, pihak kami akan sedaya upaya memberikan bantuan dari segi teknik, tip dan panduan yang diperlukan oleh pelanggan kami.

 

Pesanan dan Pemasangan Perisian

1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.

2. Sebarang masalah dengan perisian, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporakan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerugian atau kehilangan data disebabkan masalah itu. Selain itu, jika berlaku perbicaraan atau tindakan undang-undang ke atas isi blog atau forum anda, pihak kami juga tidak bertanggungjawab. Ia menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya.

- Tamat Terma & Syarat -

Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli.

Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.

 

| Home | Pembelian | Hubungi Kami | Terma & Syarat |

 Design By www.design.qulhaq.com
Copyright © 2008 www.bloghosting.qulhaq.com. All Right Reserved.
Hak Milik QULHAQ RESOURCES ( TR0078149-D )